Wednesday, June 1, 2011

~WANITA~ AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa mereka,
Tanpa mereka,
Hati dan perasaan lelaki akan resah mencari,
Walaupun ada segalanya...


Apa yang tiada dalam Syurga??
Namun, ADAM tetap rindukan HAWA,
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri,
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok, 
Adalah untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi jika lelaki itu tidak lurus... 
Mana mungkin kayu yang bengkok, 
Menghasilkan bayang-bayang yang lurus.


Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH,
Didiklah mereka dengan panduan dari-NYA,
Janganlah cuba jinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka semakin liar,
Jangan hiburkan hatinya dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka akan menderita,
Kenalkanlah mereka dengan ALLAH yang satu,
Zat yang kekal,
Disitulah punca bagi kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya, 
Tebalkanlah ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkan ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Sedarkanlah mereka kerana nantinya
Mereka akan melihat nilaian dan keadilan ALLAH,
Bisikkan ditelinga mereka bahawa
Kelembutan bukanlah satu kelemahan
Juga bukan diskriminasi ALLAH, 
Sebaliknya disitulah letaknya
Kasih sayang ALLAH  pada hambanya yang
Bergelar WANITA.


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan menghiburkan,
Tanpa ilmu, iman dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus,
Malahan akan semakin membengkok,
Itulah akibatnya jika wanita itu tidak kenal TUHAN-nya,
Bila wanita menderhakai dunia,
Lelaki akan huru hara..


Lelaki pun janganlah mengharapkan ketaatan,
Tetapi binalah kepimpinan..
Pastikan sebelum kamu memimpin wanita menuju ilahi,
Pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-NYA,
Jinakkan diri kepada ALLAH,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah kepimpinan lelaki,
Janganlah mengharap isterimu
Semulia FATIMAH AZ-ZAHRA...
Andai peribadimu tidak sehebat
SAIDINA ALI KARAMULLAHUWAJHAH..

No comments:

Post a Comment