Friday, June 10, 2011

lagi - lagi sedih

nak post jadi sedih, tanak post terbuku pulak dalam hati ni.. huhu.. sudahnye post jugak.. entry sedih, org pun boring nk baca, biaq p la kt depa.. mcm mn nk story morry ek, kitorang ni nk kate bercinta mcm bukan, teman tp mesra pun belom lagi kot, tp kenapa bila dia dah buat keputusan mcm ni, sy rasa mcm suami nk tinggalkan family utk g perang je... huhu. mmg la keputusan yg dia buat tu baik untuk dia, untuk masa depan dia, n maybe untuk kerjaya dia nnti, tp agak2 la kn, lameeeeeeeeeeeeeeee tu!! leh ke tunggu?? leh ke sabar?? ntah la. biar je masa yg menentukan segalanya.. ape yg saya takot, bila dia balik sini semula, segalanya dah x mcm skrang, samaada dia dh lain, atau saya yg berubah pulak.. hati manusia kan, jangan kate 3 tahun, 3 jam pun boleh berubah 360 darjah.

Tp tu la, dalam persahabatan, dalam percintaan or whatever relationship skalipun, apa yg mesti ada ialah IKHLAS & SABAR.. sy kena ikhlaskan pemergian dia, & sabar tunggu kepulangan dia semula... hati?? xyah ckp la, dia yg selama ni selalu ada depan mata pun boleh jadi mcm2 kn, ni kan pulak jauh.. beribu batu (yeke beribu? xpenah kira lak).. 

even skrang dunia hanya di hujung jari, tanpa sempadan, tanpa batasan. dlm sesaat kita dh boleh tengok org yg ada di kutub utara nun..  tp hati, boleh ke dicari dihujung jari, kerinduan boleh dihilangkan & diubati dihujung jari.. I DONT THINK SO la!!! 

hmm.. harap dia bahagia la kt sane, moga dia jumpe ape yg dia cari kt sane, doa sy sentiasa mengiringi dia...

rInDu iTu aDa, rAsa iTu nYAta, cUMa bIARlaH iA keKAl mENjAdi RAHsiA, WaLAu daLaM apA juA keADaaN sEKaliPun, sAya dOAkaN aWak bAHagIa

Wednesday, June 1, 2011

~WANITA~ AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa mereka,
Tanpa mereka,
Hati dan perasaan lelaki akan resah mencari,
Walaupun ada segalanya...


Apa yang tiada dalam Syurga??
Namun, ADAM tetap rindukan HAWA,
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri,
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok, 
Adalah untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi jika lelaki itu tidak lurus... 
Mana mungkin kayu yang bengkok, 
Menghasilkan bayang-bayang yang lurus.


Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH,
Didiklah mereka dengan panduan dari-NYA,
Janganlah cuba jinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka semakin liar,
Jangan hiburkan hatinya dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka akan menderita,
Kenalkanlah mereka dengan ALLAH yang satu,
Zat yang kekal,
Disitulah punca bagi kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya, 
Tebalkanlah ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkan ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Sedarkanlah mereka kerana nantinya
Mereka akan melihat nilaian dan keadilan ALLAH,
Bisikkan ditelinga mereka bahawa
Kelembutan bukanlah satu kelemahan
Juga bukan diskriminasi ALLAH, 
Sebaliknya disitulah letaknya
Kasih sayang ALLAH  pada hambanya yang
Bergelar WANITA.


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan menghiburkan,
Tanpa ilmu, iman dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus,
Malahan akan semakin membengkok,
Itulah akibatnya jika wanita itu tidak kenal TUHAN-nya,
Bila wanita menderhakai dunia,
Lelaki akan huru hara..


Lelaki pun janganlah mengharapkan ketaatan,
Tetapi binalah kepimpinan..
Pastikan sebelum kamu memimpin wanita menuju ilahi,
Pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-NYA,
Jinakkan diri kepada ALLAH,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah kepimpinan lelaki,
Janganlah mengharap isterimu
Semulia FATIMAH AZ-ZAHRA...
Andai peribadimu tidak sehebat
SAIDINA ALI KARAMULLAHUWAJHAH..