Friday, June 10, 2011

lagi - lagi sedih

nak post jadi sedih, tanak post terbuku pulak dalam hati ni.. huhu.. sudahnye post jugak.. entry sedih, org pun boring nk baca, biaq p la kt depa.. mcm mn nk story morry ek, kitorang ni nk kate bercinta mcm bukan, teman tp mesra pun belom lagi kot, tp kenapa bila dia dah buat keputusan mcm ni, sy rasa mcm suami nk tinggalkan family utk g perang je... huhu. mmg la keputusan yg dia buat tu baik untuk dia, untuk masa depan dia, n maybe untuk kerjaya dia nnti, tp agak2 la kn, lameeeeeeeeeeeeeeee tu!! leh ke tunggu?? leh ke sabar?? ntah la. biar je masa yg menentukan segalanya.. ape yg saya takot, bila dia balik sini semula, segalanya dah x mcm skrang, samaada dia dh lain, atau saya yg berubah pulak.. hati manusia kan, jangan kate 3 tahun, 3 jam pun boleh berubah 360 darjah.

Tp tu la, dalam persahabatan, dalam percintaan or whatever relationship skalipun, apa yg mesti ada ialah IKHLAS & SABAR.. sy kena ikhlaskan pemergian dia, & sabar tunggu kepulangan dia semula... hati?? xyah ckp la, dia yg selama ni selalu ada depan mata pun boleh jadi mcm2 kn, ni kan pulak jauh.. beribu batu (yeke beribu? xpenah kira lak).. 

even skrang dunia hanya di hujung jari, tanpa sempadan, tanpa batasan. dlm sesaat kita dh boleh tengok org yg ada di kutub utara nun..  tp hati, boleh ke dicari dihujung jari, kerinduan boleh dihilangkan & diubati dihujung jari.. I DONT THINK SO la!!! 

hmm.. harap dia bahagia la kt sane, moga dia jumpe ape yg dia cari kt sane, doa sy sentiasa mengiringi dia...

rInDu iTu aDa, rAsa iTu nYAta, cUMa bIARlaH iA keKAl mENjAdi RAHsiA, WaLAu daLaM apA juA keADaaN sEKaliPun, sAya dOAkaN aWak bAHagIa

Wednesday, June 1, 2011

~WANITA~ AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa mereka,
Tanpa mereka,
Hati dan perasaan lelaki akan resah mencari,
Walaupun ada segalanya...


Apa yang tiada dalam Syurga??
Namun, ADAM tetap rindukan HAWA,
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri,
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok, 
Adalah untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi jika lelaki itu tidak lurus... 
Mana mungkin kayu yang bengkok, 
Menghasilkan bayang-bayang yang lurus.


Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH,
Didiklah mereka dengan panduan dari-NYA,
Janganlah cuba jinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka semakin liar,
Jangan hiburkan hatinya dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka akan menderita,
Kenalkanlah mereka dengan ALLAH yang satu,
Zat yang kekal,
Disitulah punca bagi kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya, 
Tebalkanlah ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkan ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Sedarkanlah mereka kerana nantinya
Mereka akan melihat nilaian dan keadilan ALLAH,
Bisikkan ditelinga mereka bahawa
Kelembutan bukanlah satu kelemahan
Juga bukan diskriminasi ALLAH, 
Sebaliknya disitulah letaknya
Kasih sayang ALLAH  pada hambanya yang
Bergelar WANITA.


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan menghiburkan,
Tanpa ilmu, iman dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus,
Malahan akan semakin membengkok,
Itulah akibatnya jika wanita itu tidak kenal TUHAN-nya,
Bila wanita menderhakai dunia,
Lelaki akan huru hara..


Lelaki pun janganlah mengharapkan ketaatan,
Tetapi binalah kepimpinan..
Pastikan sebelum kamu memimpin wanita menuju ilahi,
Pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-NYA,
Jinakkan diri kepada ALLAH,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah kepimpinan lelaki,
Janganlah mengharap isterimu
Semulia FATIMAH AZ-ZAHRA...
Andai peribadimu tidak sehebat
SAIDINA ALI KARAMULLAHUWAJHAH..

Saturday, March 12, 2011

tsunami + hujan non-stop + accident

bahaya betol skrang, cuaca pun leh berubah dlm sekelip mata jer... tengah2 kemarau panas giler, leh ujan lebat non-stop... Kisah Jepun kena earthquake, tsunami, bencana alam, etc.. malaysia pun kena tempias nye.. ye lah, malaysia - jepun xlah jauh mn (kalau tengok world map la).. bahaya..bahaya..

pg tadi, dlam perjalan ke seberang pintasan, dungun, attend pertunangan mylovelyrommate @ poly dulu (cik farah), ada 5 pengalaman ngeri, 1 kemalangan tu betol2 berlaku depan mata, viva kaler hitam, kete baru lagi tu (TBB), driver (lelaki) rase mcm teruk, takot tengok, tangan sy pegang stereng masa tu tengah drive pun rase ketor gegor dh.. huhuhu.. lepas tu pulok, nk boleh ke sapa ke dungun tu termasuk perjalanan balik, ada 4 lagi kemalangan ngeri, minimum melibatkan 3 buah kete 1 accident, bahaya..bahaya..

kt batu buruk pulok (area belakang hospital), air naik tibe2, sampai ke cafe belakang.. huhu..xleh dh la nk lalu kot tu balik keje, ambik angin petang.. harap2 x berpanjangan la situ.... jangan la sampai ke kawasan hospital air laut tu, debor gok ni, dh la rumah saya betol2 dekat ngan laut, mintak jauh la terjadi something yang x patut.. bahaya..bahaya..

sama-samalah kita berdoa semoga saudara kita di Jepun dan negara sekitar terutamanya Malaysia terselamat dr segala malapetaka yg lebih teruk. ni mayba WARNING dr ALLAH swt untuk mengingatkan kita tentang kemungkaran yg berleluasa sedang berlaku di muka bumi ini...... ^_^

Thursday, February 17, 2011

Santa Esmeralda - You're My Everything

You're my everything
The sun shines above you make the blue bird sing
The star that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love

When I kiss your lips
I feel the roaring thunder to my finger tips
And all the while my head is in the spin
Deep within I'm in love

You're my everything
And nothing really matter what the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and the day I need you close to me
You're my everything
You never have to worry never fear
Coz I'm in near

For my everything
I left up from the land and see the sky above
I swim within her ocean sweet and warm
There no strong my love

When I hold your tight
And nothing that can harm you in a lonely night
I'll come to you and keep you safe and warm
There no storm my love

La..la..la..la...la..la..la...

You're my everything
the sunshine above you make the blue bird sing
The star that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love

When I kiss you lips
I feel the roaring thunder to my finger tip
Deep within I'm in love

You're my everything
And nothing really matter
You 're my everything
To see you in the morning with those big brown eye

Friday, February 4, 2011

new post..............!

Dah sebulan x update blog, ada yg tertanya2 ke mane menghilang.. hehehe, gini la jadinya kalau dh bukan BLOGGER sejati. hehehe. xpe, hari ni kena luangkan sedikit masa untuk update blog, even xde cerita hot atau ape2 yg menarik utk d kongsikan.. mungkin disebabkan kebizian yg melanda, tu yg x peduli blog.. tp blog ttp di hati.. 

Lepas pindah dr Penang, dan kembali ke tanah tumpah darah d T'ganu, segalanya agak berubah, life kena diteruskan seperti biasa, srkang dh kerja di Terengganu, keje ape?? hehehehe, yg pasti bukan jd Ms. Clown. hahhha, dan sekrang rase sngt2 seronok d tempat keje baru, suasana yg baru, feeling yg baru, kawan2 yg baru, bos yang baru, tp semuanya x menjadi masalah, semua ramah dan mesra. hahahaha.. walaupun ada 'Lady Boss' yg kadang2 "........................." sabar jer lah. Yg penting, setiap ujung bulan masyhukkkk.. heheh.

Ada jugak yg tanya, mn sudah ilangnye ikrar yg dilafazkan ujung tahun lepas?? Ikrar ape? Ikrar yg xkan kembali ke Tganu selagi hati ni x pulih dr LUKA.. mmg tu lah azam nye, tp setelah melalui pelbgai perkara kt sane selama sebulan, and bile pulak memikirkan mak sorang2 kt rumah, segala luka dan kesakitan terpaksa dilupakan, mak lagi penting dr life kt sane. Ape sudah jadi same hati?? Mmg banyak yg sudah jadi, x sampai pun seminggu jejak tganu ni, luka lame berdarah kembali, kesakitan kembali terasa, nk wat mcm mn, dh ni pilihan yg dibuat kn? terima je lah... hrp2 dengan kesibukan keje kt opis boleh melupakan segalanya walaupn setakat ni x mampu lagi.. sikit2 boleh la. hehehehe, masa kt Penang jarak boleh membataskan segalanya, tp bila dh ada kt sini, dh terang2 tau dia ada dekat, mula la hati x keruan, x senang, x tenteram.. tp xpe, usia mematangkan segalanya. betol tak??

Tahun semakin meningkat, umur semakin bertambah, life jugak mesti banyak diperbaiki.. Setiap tahun kate gitu, tp same je rase, Insyallah, tahun ni akan buat betol, sebab tahun ni dh x mcam tahun2 lepas dah.. tahun ni kena serius sikit....

Skrang ni duk berdua je kt rumah dengan mak, pegi keje, balik keje, siang malam aktiviti same jer.. so weekend nk kena ada something yg boleh merelease kan fikiran ni.. sesape ada aktiviti menarik juz let me know yer. hihihi.. nk panggil Wonderpets pun boleh.. (tengok!! still childishhhhhhh lgi)...

oklah, cukup la buat masa skrang, tata.........

Sunday, January 2, 2011

ujan oh ujan

Musim ujan datang lagi.. huhu.. kesejukan di pagi hari.. Hujan pun boleh dikira sebagai musim ke? Kalau kt negara 4 musim tu , dorang ada musim panas, musim bunga, musim luruh, musim salji.. Kt Malaysia lagi banyak musim kot, ada musim hujan, musim banjir, musim kemarau, musim durian, musim rambutan, musim bola & mcm2 musim lagi la.. sampai x terkira.. kita patut bangga jadi anak Malaysia.. Tp Mie bangga ke? Bangga la jugak kot.. Mestila nk kena bangga kn?? Korang penah dengar Malaysia kena serang?? Korang penah dengar Malaysia kena bencana alam? Tsunami & banjir skit2 tu ada la, tp xde la sampai kena gunung berapi, earthquake yg melampau2, serangan bom, serangat penyakit berjangkit yg melampau2 kn?? So, bersyukur la kita kerana masih diberi peluang bernafas di bumi Malaysia ni.. Ckp pasal bumi ni pulak, mn la tau kot2 nnti penduduk bumi bertambah ramai nnti, kita semua tersenarai dlm calon2 penduduk bumi yg kena pindah ke planet Marikh pulak, xpun planet Zadora (haha,kuat betol tengok drama tv).  Tp Jabatan Perangkaan Malaysia belom lagi mengumumkan yg penduduk bumi ni dah melebihi kuota.. hahaha.. Tp alhamdulillah, setakat ni analisis menunjukkan penduduk Malaysia x la padat sangat pun, kita masih lagi boleh bernafas dengan selesa..

Hmmmm, tadi ckp pasal hujan je kn?? apesal melalut sampai nk kena pindah planet Marikh pulak ni.. berbalik ckp sal ujan tadi, kawasan utara Malaysia, mmg musim tengkujuh dia pd awal tahun ea?? sbb dh masuk awal 2011,baru la awan tu nk menumpahkan isinya.. masa bulan 12 panas la pulak mcm xde ape yg berlaku,agaknya perbezaan monsun utara ngan timur (T'ganu) x sama.. Mie kena la terima perubahan cuaca ni, nk wat mcm mn.. selama bulan 12 hari tu, bila kawan2 Mie gtau dorang xleh nk kuar umah, xleh nk kuar jalan2 sbb ujan, Mie bantai gelak dorang.. hahahah, skrang ni dorang dh x ujan, tempat Mie pulak.. Mie pulak yg x leh nk kuar rumah,, serve me rite!!! Padan muka aku!!! hahahaha... Tp xpe, anggap je ni  hujan rahmat, ujan yg menyuburkan bumi, agaknya suburlah padi2 pakcik2 kt bendang tu yer.. suburlah jugak segala tanaman kt utara ni..

Cakap pasal bendang pulak ni, sudah sekian lama Mie simpan harapan nk berlari2 dlm bendang, x kisah la orang nk ckp ape pun, janji hajat tu sampai.. 2 tahun belajar kt utara, tp skali pun x pernah jejak bendang, ruginya.. padahal hari2 lalu kot bendang.. kali nk kena tunaikan jugak hajat tu, kalau tak, wat malu jer jadi orang utara.. heheh, Mie dh jadi orang utara ke?? hahahaha, yer la tu kot.. tp mcm mn.. nk ckp utara pun x reti.. Minggu lepas, nk pegi beli satay, dh berazam dlm hati, whatever it is, nk ckp utara jugak ngan makcik tu, skali dh betol2 depan makcik, sebijik2 keluar bahasa T'ganu..hahah, nasib baik makcik tu paham walaupun pada mulanya muka makcik tu agak2 blurr nk cube tangkap ape yg Mie maksudkan.. hahaha.. apelah...!!

Ape pun, hujan kali ni betol2 buat hati Mie jadi sayu, sbb Mie teringatkan seseorang, bila dah jauh ni, baru la rase rindu yg teramat sangat, terlalu ramai insan2 yg Mie rindui kt T'ganu, rindu kt mak, arwah ayah, family, kawan2 yg Mie syg & jugak rindu kt someONE... agak2 dia rindu Mie tak? hmmm, tahlah, tp keputusan dh pun Mie buat, Mie sendiri yg pilih utk pergi jauh dr dia kn.. so, Mie kena la belajar buang rindu ni jauh2.. taknak kenang2  lagi dah.. okay...?! So, serahkan pada takdir YG MAHA KUASA...

Bila rindu.. terkenang mu sayang terasa sayu,
Syahdunya jiwaku bila malam makin kelam
jauh terbangdiriku melayang
Aku rindu... sentuhanmu kurasa sayu
inginkah jiwamu selubungi jiwa ini
bawaku dalam pelangi
melepasi batas diri ini.........

Saturday, January 1, 2011

tahun baru, azam baru, minda baru, semua baru.....

Masuk tahun baru, setiap org mmg x lepas dr nk ada azam baru, azam itu, azam ini... Tp azam yg lepas2 tu dh tertunai ke? Kebanyakkan akan jawab "belumm", so forward la azam tu walaupun dh bertahun2.. hahaha.. Mcm Mie pulak, most of my azam yg tahun 2010 mmg banyak yg tertunggak, and insyaAllah akan diforwardkan ke 2011 gak, kalau x jadi gak, postpon lagi ke 2012, 2013 . hehehe..

Apepun, azam kali ni Mie akan laksanakan as a adult.. X mcm yg tahun yg sudah2, semua azam x dpt dilaksanakan hanya kerana alasan yg remeh temeh.. Ni dh masuk umor 22 dah (dh boleh kawen,euww!). Apepun, kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan segalanya.. Kita hanya mampu berdoa & berusaha. Bila tengok mereka2 yg sudah berjaya or selangkah ke alam kejayaan, ingat Mie x jeles?? Tp nk wat mcm mn, pendam dulu dlm hati, and berusaha sedikit demi sedikit, yerlah, maybe ada something yg menyebabkan nasib Mie tidak sebaik or seuntung mereka.. Tp Mie percaya 1 day, saat kejayaan tu akan tiba jugak dlam hidup Mie... Don't give up gurl.. hehehehe... Harap2 bile masuk tahun depan, xpayah dh nk forward azam ni lagi. Hope so!!