Thursday, December 30, 2010

Pesta Penang

Hoho.. PENAT!! Tu je ayat yg sesuai dgn situasi skrang.. Tp, penat pun, blog & Facebook ttp kena update jugak.. hehehe. Impian sekian lama antara Mimie, Jajan, Syasya & Didin utk ke tapak pesta akhirnya terlaksana jugak mlm ni.. W'pun Ririd x leh join sbb kerja, tp xpe, kitorang pegi jugak ber 4. Perjalanan dr Nibong tebal menyeberangi Jambatan Pulau Pinang utk ke Sg.Nibong pick up Jajan x terasa.. hehehe. Lepas mkn2 kt Batu Uban (sure lepas ni Didin nk pegi lagi, haha) kitorang terus ke tapak pesta.. punyelah ramai orang sampai xde parking, maklumlah dah second last day, tp atas kecekepan Didin drive, boleh jugak la mencelah. hehe.

Masuk je dlm tu, wahhhhhhhh! SESAK!! Mentang2 esok cuti umum (bola), semua peringkat umor pun ada.. Kitorang x tunggu lame dah, terus g beli tiket. Mula2 skali masuk RUMAH HANTU, tengok dr luar punye la excited.. xtau lg ape yg ada kt dalam tu .. huhu.. Masuk pulak sorang2.. hohoho. MENYERAMKAN! Sepanjang perjalanan dlm rumah tu, Mie tutup muka (rugi je beli tiket) x sanggup nk tengok 'kecomelan' hantu2 kt dlm tu. Sampai betol2 kt tengah rumah, ada la 'seorang' hantu yg sangat menyeramkan, rasenya orang betol kot, sbb Mie leh dengar suara dia dekat sangat! dia pakai kostum darah2, mekap mcm muka orang  mati accident tu.. Masa ni perasaan Tuhan je tau, walaupun dh tau tu bukan hantu betol, tp SERAM semacam, rasa mcm nk lompat tang tu jugak.. huhu.. Keluar tu, agaknye muka dah pucat abes.. oleh kerana Mie yg paling last keluar, si Jajan, Syaysa & Didin dh tunggu kt luar standby nk gelakkan Mie.. kurang asam!! hahaha, tp xpe, dorang pun rase pengalaman yg same jugak kt dalam tu.. alaaaaaa, semua spesies penakut! hahahahaha.

Second, kitorang ber 4 cukup tertarik ngan ape benda tah name objek GERGASI pusing2 tu, dia tulis situ CHALLENGER. buat kali ke 2 rase excited tu datang lagi, pegi lagi beli tiket, walaupun orang beratur punyelah ramai, x hengat punye.. hahahaha, masa duk tunggu turn nak naik, x rase ape2 lagi, tp bile dah sampai turn, duduk atas kerusi tu, pakai seat belt (bro hensem yg pakaikan), perasaan gementar tu dh mula datang.. apelah akan  jadi lepas ni.. benda tu dh mula bergerak pelan2, kitorang yg naik tu lebih kurang 20 org kot, jerit sekuat hati. hahaha, GAYAT punye pasal.. bile dh sampai atas, pusingan makin laju, Mie xleh nk buka mata dah,, YA ALLAH,  org kat bawah nampak mcm semut, Mie kt atas rase mcm nk terbang nyawa, masa ni Mie duk diam jer, pegang kuat besi pemegang tu. Orang lain duk sibuk menjerit lagi.. Ms ni dlm hati, NAK TURUN, NK TURUN,.. mmg xleh gambarkan perasaan ms tu, mklumlah its my 1st time, and rasenye ni yg last jugak kot, tobat x mo naik dah...turun tu, kitorang dh mula pening2 lalat, Mie dh rase mcm dunia ni berpusing, rase mual2, x stabil, nk muntah semua ada la.. tp Jajan lg hebat alahannya! hahah, si Didin ngan Syasya ni nampak steady jer.. hahah, siap dorang gelak huahuahuahua!! kat kami berdua ni.. hahahahah.. xpe2... Kitorang dh give up dah, tp Didin ngan Syasya x give up lagi, dorang naik lagi benda pusing2 yg lagi 1, ape name pn xtau la, tp yg tu lagi hebat kot pusingan dia, laju giler, Mie yg tunggu kt bawah ni pun pening nengoknyer.... kalau org bg Mie duit suruh naik benda tu, Mie rela x ambik duit tu.. TERIMA KASIH jer lah.. hahahahah..

Penat pusing2, kitorang terus balik... Singgah McD dulu, sbb lapar, semua tenaga dh terbuang masa menjerit tadi.. hahahah.. Then, hantar Jajan terus balik, dlm kereta Mie dh rase segar sket.. hilang dah semua mual2 tu... ape2 pun thanks kt korang semua, Jannah, Tasya & Din.. Mie rase enjoy giler arr hr ni... lepas ni banyak lagi aktiviti yg tersusun menunggu.. heheheh.. Pulau Jerjak, Pulau Aman, Gurney etc....

~~ LOVE Y'ALL ~~


Wednesday, December 29, 2010

Banci PPM 2010

6 July - 22 Ogos 2010

1 kenangan yg x mungkin dilupakan.. Walaupun tempohnya hanya sekejap jer, 2 bulan, tp cukup meninggalkan kesan di hati.. X semua orang rase pengalaman berharga mcm ni. Tp ada jugak yg ckp "alaaaa, banci je pun, ape nk di banggakan?".. tula korang x paham. heheh, hanya yg merasainya je boleh paham, tol tak. Masa nilah leh kenal dgn pelbagai jenis & ragam manusia, samada rakan2 pembanci atau responden (tuan rumah).  Yer la, sepanjang tempoh banci tu, pelbagai caci maki yg di terima, tp kena la terima dengan hati yg terbuka, sbb kitorang dh dilatih supaya 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri' & juga 'menjaga kerahsiaan'.. Ape pun, semua tu la org ckp 'asam garam' , yg memeriahkan suasana. Paling best, moment stay back kt pejabat sampai subuh.. kepenatan seharian membanci x dihiraukan.. malam datang pejabat pulak.. biasanya ahli tetap ada 5, Mie, Ima, Umie, Kerol, Basyar. kadang2 ada gak Pyan, Shima, Epul, Nurul yg menjenguk.. Esoknya dtg pejabt balik mcm biasa, xpun terus turun padang, meneruskan tugas.. Nk cepat siap la konon2, tp hasilnya tetap berkualiti (berkualiti ker?) . Bulan puasa pun, kitorang tetap aktif, sampaikan ada yg tanya, "puasa pun keje jugak dik?" heheheh, nk wt mcm ni, pembanci contoh xleh merungut. heheheh, kalau gaji lambat baru la merungut.. hahaha, tol tak?

Paling best, masa g banci kt Pulau Kapas & Pulau Gemia... Maklumlah, kai pertama g pulau.. sian tol!. Punye la excited. Tp yg syoknye, kitorang berseronok, tp Puan Samihan & Kak Nida yg duk rajin membanci.. kitorang ni, dk bergambar & bergambar.. hahahah.. Paling best masa g Turtle Valley Resort. Masa ni kitorang ber-4 jer, (Mie, Nurul, Kerol, Basyar). Dahlah owner, guests, semuanya omputeh, kitorang  ni mula la cuak.. haha. Last2 bg jer borang tu kt owner dia, & suruh dia isi sendiri.. Nasib baik tujuan ke sane terlaksana jugak... Tp resort ni mmg best, sbb ni satu2nye resort yang membelakangi semenanjung... Mcm duk kt oversea pulak.hehehe.  Penat x dihiraukan masa ni.. yg penting enjoy!!

Sepanjang tempoh banci, kitorang xlah stress sangat pasal kadang2 pihak atasan anjurkan jugak event atau majlis yg boleh mereleasekan tekanan kitorang.. Masa abes fasa 1, kitorang dijemput utk attend majlis makan malam with PD kt Hotel Seri Malaysia. Bulan Ramadhan pulak, kitorang berbuka puasa kt Marang Vilage Resort & Spa dengan DO. Walaupun pada siangnya kitorang bertungkus lumus menyiapkan BP taskforce di Merchang..  Konvoiiiiii.. hahahahaha. Ape2 pun majlis2 yg dianjurkan tetap best, dan boleh mengeratkan silaturrahim antara pembanci terutama leh menyatukan semula pembanci2 darat dan pantai.. xdelah berpecah ke bukit dah laut jer.. hhahaha, masa2 nilah kitorangleh beramah mesra!!!

Bila berakhir setiap fasa, semua dah mula kelam kabut. Masa ni riak muka setiap orang sangat kelakar, ada muka tension, muka garang, muka sedih, muka yg dh serupa muka orang pun ada dah.. semua sibuk mengejar dateline.. tula awal2 tanak siapkan, alaaaaaaa,  Mie pun same jugak sebenarnya. hahaha. Masa ni nk senyum pun payah dah, masing2 wat hal sendiri jer. Sape berani wat lawak bodoh, nk cari penyakit la tu jawabnye.. Yg ada dlm kepala hanya KOTAK & BORANG jer.. hahahaha. Paling kesian, sampai ada x balik rumah langsung, lebih 24 jam dk kt pejabat, menyiapkan kerja2 yg terbengkalai.. Nasib baik la Mie x sampai ke tahap tu...

Hehehe, nk tau 1 rahsia tak? Oleh kerana banci dh lame abes, jadi Mie rase x pe dah kot Mie nk buka rahsia ni.. Sebenarnya, awal2 banci Mie ada la minat kt sorang mamat ni.. hehehe, dia selalu duk kt belakang Mie masa hari taklimat.. Selalu jugak la Mie usha2 dia. Tp dia x perasan kot.. Setiap kali Mie nk ke pejabat, Mie mesti tengok samada moto dia dh ada ke belom , tp selalu nya dh ada la, sbb dia selalu dtg lagi awl dr Mie, masa tu 'berbunga2 riang hatiku!' hahahah, Kitorang selalu jugak la berjumpe kt pejabat sebab kitorang ni 1 DB (009-pantai). Setiap kali kitorang wat keje kt pejabat, setiap kali tu jugak la Mie dup dap dup dap! hahaha, terutamanya bila dia nk tanya something or mintak tolong ape2.. Tambah pulak time tu dia ada mintak no tel & FB... hahahaha. Tp ketenangan ni x lame, sebab ada sorang ahli group dia yg 'mengecohkan' keadaan. Otherwise, xlame lepas tu, Mie dpt tau yg mamat ni dh pun berpunye,.. hehehe, tp Mie x kisah sangat, xde la frust sampai tertonggeng2... sbb feeling Mie kt dia dah 0 darjah celcius.. Mean, dh xde ape lagi dah.. Skrang, Mie & mamat tu dh jadi kawan yg baik.. dia selalu tolong kalau Mie tengah bersedih atau ada masalah. Ada satu nasihat dia yg Mie xkan lupa sampai skrang, setiap kali Mie nk buat ape pun Mie mesti teringat nasiihat yg dia bagi tu. Ape nasihat tu?? hehehe, biarlah Mie ngan dia je yg tau..

Walaupun tempoh banci sampai Ogos jer, tapi tanggungjawab Mie utk negara x sampai takat tu jer. Hujung Sept, 12 org pembanci Marang yg terpilih, kena buat QC kt Pejabat Perangkaan, walaupun hanya sebulan lebih jer, tp bagi Mie ia satu tempoh yg sangat lame. Sbb ada something yg berlaku kt sini, yg sangat meninggalkan parut yg cukup pedih dlm hati Mie.. Sbb tu, Mie dh x harap sangat dh nk sambung kt sini..  Xpayah la nk cerita kt sini, wat ilang mood orang nk baca jer. hehehehe... Biarlah Mie simpan sendiri, yg dah tau pn malas nk ingat dh kot.. Yerlah , bukan cerita menarik pun sampai nk kena ulangtayang, yg penting, mereka2 yg terlibat sudah pun 'terima' ape yg sepatutnya.. Walaupun x ramai yg nampak, tp effect atas diri Mie tetap besar.. Sbb tu la Mie dh xde kt Terengganu skrang ni... heheheh. Maybe cerita antara Mie & Banci berakhir setakat ni je kot... Tp persahabtan antara Mie ngan kawan2 banci x pernah berakhir.. I love y'all.................

SEKALI BERKENALAN SELAMANYA BERKAWAN

Tuesday, December 28, 2010

30 perkara wanita tak sempat bagitau lelaki

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

dimulakan dengan Bismillah

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, akhirnya penantian sekian lame sudah pn berakhir.. Dengan sedikit cabaran, nasihat & semangat dr Cik Nuriz & Cik Farah, akhirnya lahirlah blog yg x seberape ni.. Harap2 blog ni x la hangat2 tahi ayam saje, setiap yg dimulakan, haruslah berterusan, sampai la pembaca2 sekalian sudah bosan membacanya. hehehe.. Apapun, percubaan sekecil ini, tidaklah mengharapakan respond yg besar, cukup la sekadar ada yg sudi membaca & mengambil pengajaran jika ada.. Kalau ada yg rasa ape yg di postkan di sini x enak di baca, x sedap dipandang atau ape2 sahaje yg menjelikkan, jgn segan2 memberi komen dan kritikan yer, selagi kritikan itu boleh membantu 'mempopularkan' , 'mencantikkan' , 'mengcomelkan' blog ni.. semua tu amatlah di alu-alukan.. Kadang2 bile baca blog kawan2 yang sangat cun-melecun tu, timbul la jugak kejelesan di hati, "agak2 bile la Mie nk ada blog cun mcm ni?" hehehe, tp nk wat mcm mn, masa tu x sampai seru lagi, skrang baru la seru tu sampai.. biarlah orang nk ckp ape pun, walaupun x setanding blog mereka, tp akan cube jugak la buat sehabis baik.. yela kn, nobody perfect, blog Mie pn xla perfect. Kpd bloger2 sekalian, rajin2 la menjenguk blog Mie di teratak TINTA EYZORA ni. Segala nasihat, pandangan serta cadangan dr bloger2, follower2 & reader2 sekalian amatlah di hargai.. (alahai,mcm surat rasmi la pulak, haha) ok lah, cukup la dulu utk post yg pertama, nntikan next post dr Mie ye! luv y'all..

Buah strawberry di luar pagar,
Sudah masak semut pulak makan,
Mie ni blogger yg baru nk belajar,
Kalau ada yg x kena silalah tunjukkan!